Antarabangsa

Daging Babi Beku, Strategi China Stabilkan Harga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 23 September 2022 – Kerajaan China dikatakan mempunyai simpanan kerajaan bagi menyimpan daging babi beku untuk kegunaan rakyatnya, di mana stok simpanan tersebut seringkali digunakan untuk mengawal harga pasaran babi.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, kerajaan China dikatakan bakal membuka ‘peti simpanan’ bekalan babi mereka untuk dibekalkan kepada masyarakat awam bagi menghadapi Hari Kebangsaan China.

Hari Kebangsaan China dijangkakan bakal mengakibatkan peningkatan kepada permintaan daging babi, sekali gus melonjakkan harga babi yang sudah pun jauh lebih tinggi (peningkatan 22%) berbanding tahun lalu.

Ini merupakan pengeluaran ke-3 ‘tabung bekalan babi’ China, dengan anggaran 200,000 tan daging babi bakal dibekalkan pada bulan ini.

Menurut Meng Wei, jurucakap National Development and Reform Commission (NDRC) China, jumlah pengeluaran babi pada bulan September ini adalah yang tertinggi dalam sejarah.

Usaha ini adalah sebahagian dari dasar aspirasi “better life” China yang diperkenalkan oleh pemimpin tertinggi mereka, Xi Jinping.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker