Daftar Kelahiran Palsu, Dua Lelaki Cina Didakwa
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 29 Mei 2022 – Dua orang lelaki warganegara Malaysia berbangsa Cina didakwa akibat sengaja mengemukakan maklumat palsu semasa membuat permohonan Pendaftaran Kelahiran baru-baru ini.
Kedua-dua tertuduh, Aw Yong Pun Hon, 55 dan Simon Chai Hong Wei, 24 telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur, lapor Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
BACA: Vaksin AstraZeneca Ada Babi: Malaysia Akan Kaji Bahan Dalam Vaksin
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
Sebelum itu, mereka telah ditahan di Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana keduanya sengaja mengemukakan maklumat palsu sewaktu menjadi pemaklum pendaftaran kelahiran untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Pendakwaan terhadap tertuduh, Aw Yong Pun Hon, dilakukan mengikut Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1957 (Akta 299) dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 dan 1 bulan penjara jika gagal membayarnya.
Sementara seorang lagi tertuduh, Simon Chai Hong Wei didakwa mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1957 (Akta 299) dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan 5 bulan penjara jika gagal bayar.
Oleh itu, pihak JPN menyeru orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai penyelewengan dokumen pengenalan diri sama ada melalui aduan bersemuka, talian telefon 03-88807077, faks 03-88808288, surat, emel [email protected] atau laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) JPN di http://jpn.spab.gov.my.