Tempatan

Cyberbully Terhadap Raja Permaisuri Agong Satu Perbuatan Sangat Biadab – Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 24 April 2021 – “Trending #DengkiKe ini tercetus dari cyberbully terhadap Tuanku Raja Permaisuri Agong(TRPA) Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan sememangnya ia satu perbuatan yang sangat biadab,” tegas bekas Peguam Kanan Persekutuan selama 25 tahun, Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa.

Beliau yang juga merupakan mantan CEO IKSIM itu berkata, ia berpunca dari serangan #pengkhianatNegara dengan kerjasama media asing yang sering melontarkan serangan bom berita palsu terhadap institusi Melayu dan Islam.

“Jadi ia sebenarnya sebahagian dari gerakan Islam Bashing!”

“Apa bom mereka kali ini? Ya, mereka mendakwa Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mendapat suntikan vaksin SinoPharm berdasarkan laporan palsu dari media Asia Sentinel di mana doktor yang dikaitkan terlibat telah pun menafikannya.”

Menurut Dato’ Naser, serangan media terhadap Istana Negara ini merupakan suatu kesalahan yang sarat dengan hasutan untuk tidak setia kepada Baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

“Banyak pihak yang tidak memahami apa ertinya kesetiaan kepada Raja dan Negara. Tuanku YDPA adalah The Supreme Head of Federation.”

Ujar beliau lagi, Kesetiaan kepada Negara ertinya setia kepada Baginda YDPA dan segala komitmen Baginda berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

“Apabila Baginda difitnah, rakyat yang setia tidak sepatutnya terus mempercayai dan menyebarkan fitnah sedemikian.”

Jelas, ia suatu kesalahan berkaitan kesetiaan kepada Baginda. Sepatutnya apabila tohmahan atau fitnah sebegini tercetus buat kali pertamanya, pihak berkuasa wajib menjalankan siasatan dengan serta merta.”

“Bagaimanapun, yang menjadi masalahnya pihak berkuasa kita lalai dan lengai serta tidak tegas hingga ada pihak yang berani bersikap biadap terhadap Baginda YDPA atau Baginda Raja Permaisuri Agong atau Raja-Raja,” kata Dato’ Naser menutup bicara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: