Tempatan

Cuti Tanpa Rekod Perayaan Deepavali Dibawa Ke Selasa, 14 November

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 November 2023 – Cuti tanpa rekod sempena perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November (Isnin) akan dibawa ke 14 November (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed berkata, kerajaan pada 3 November telah bersetuju untuk memberi pengecualian bagi tahun 2023 dengan membenarkan cuti tanpa rekod dibawa kepada hari berikutnya.

Sebelum ini peruntukan cuti tanpa rekod adalah terikat kepada hari yang dibenarkan sahaja dan tidak boleh dibawa ke hari berikutnya sekiranya cuti tanpa rekod itu jatuh pada hari kelepasan am atau hari kelepasan am mingguan.

Menerusi surat edaran itu juga, Zulkapli berkata perkara itu dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan namun tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Jelasnya, peraturan ini juga hanya terpakai kepada semua negeri di Malaysia kecuali Sarawak mengambil kira Deepavali bukan hari kelepasan am di negeri berkenaan sebagaimana telah dinyatakan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR 5.3.6.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: