Tempatan

Musyawarah Demokrasi : Same Old Same Old – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 29 November 2021 – “I call this list, the list of 1970’s, Same old same old,” demikian luahan Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar merujuk kepada tangkap layar berita yang turut disertakan di Facebooknya mengenai “55 tokoh bergabung dalam musyawarah demokrasi”.

Beliau turut menyatakan bahawa perkataan ‘musyawarah’ itu hanya bagi melembutkan gambaran dan seterusnya berkata, “Sedangkan kita tahu bahawa “tokoh-tokoh” seperti Ambiga, G25 itu kuat sokongannya terhadap eligibiliti dan kuat bantahannya terhadap undang-undang Syariah.”

Prof Rafidah turut berkata bahawa ramai masih ingat kumpulan G25 dan Ambiga pernah mengkritik undang-undang Syariah sedia ada, undang-undang khalwat dan lain-lain lagi undang-undang yang berkaitan.

“Lebih merisaukan, yang ada peranan dalam dakwah pun, kecil sahaja dalam senarai tersebut,” tambah Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu lagi merujuk kepada beberapa individu dalam senarai tersebut.

Prof Rafidah juga menzahirkan kerisauan terhadap gabungan ini yang boleh menyebabkan golongan transgender juga akan diangkat menjadi keutamaan.

“Wanita bertudung memang “invisible”. Tak mustahil suatu hari wakil transgender lebih diutamakan.”

Beliau seterusnya mengeluh, “Begitulah akan terjadi jika urusan demokrasi (pemerintahan) kita serahkan pada yang acapkali mempertikaikan hukum-hukum dalam al-Quran. Dan, Islam yang diizinkan mereka iaitu yang tidak keluar dari setakat wacana-wacana berjenama.”

Prof Rafidah turut mengiyakan keluhan beliau dalam komennya kepada satu akaun dengan nama Elza Nadiah yang mendakwa semenjak lima tahun kebelakangan ini, urusan agama Islam dibincangkan oleh orang bukan Islam dan orang Islam yang tidak berpaksikan ajaran Islam sebenar.

WhatsApp-Image-2021-11-28-at-10.52.19-PM.jpeg?resize=305%2C403&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Maaf saya mengkritik tapi begitulah “terpisahnya” branding Quran Hour dari roh Islam sebenar,” ulas Prof Rafidah dalam nada sinis.

Pada 28 Oktober 2021 lalu, Pengerusi Ikhlas Capital, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak bersama 55 orang rakan mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai cadangan pembentukan Better Malaysia Assembly atau Himpunan Malaysia Yang Lebih Baik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: