Curi Emas Kedai Cina, Seorang Lelaki Cina Ditahan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHAH ALAM, 15 September 2022 – Seorang lelaki Cina berusia 34 tahun ditahan reman selama 3 hari bermula 14 hingga 16 September 2022 bagi menjalani siasatan lanjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan setelah mencuri dua utas rantai emas bernilai lebih kurang RM1,500.00 di Kedai Emas Yee Lam.
Penolong Pesuruhjaya Polis, Mohd Iqbal Bin Ibrahim memaklumkan, pihak polis menerima maklumat dari seorang perempuan Cina yang berkerja sebagai jurujual di kedai emas berkenaan di mana suspek telah berjaya ditangkap orang awam di hadapan Pasaraya Mydin Taman Sri Muda Shah Alam.
Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Shah Alam mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini selepas video suspek ditangkap tular di media sosial.
Pihak polis dalam kenyataan sama memberitahu; “Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Penolong Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652.”