Tempatan

Culik Vellfire Putih: Tiga Lagi Penjenayah Ditangkap PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 07 Oktober 2022 – Pihak polis telah menahan tiga lagi lelaki berkaitan dengan kes penculikan seorang ahli perniagaan di Ampang pada 29 September baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Farouk Ishak mengatakan bahawa ketiga-tiga lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 26 ke 55 tahun telah berjaya ditahan di Ampang.

Lelaki paling muda yang ditahan dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau manakala lelaki yang berusia 55 tahun itu pula mempunyai 14 rekod kesalahan lampau, sebahagiannya berkaitan dadah. Seorang lagi pula didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kesemua mereka telah direman sehingga hari ini. Pihak polis juga turut merampas sebuah kereta dan kesemua telefon bimbit milik suspek untuk membantu proses siasatan.

Sebelum ini, pihak polis telah berjaya menangkap 3 suspek lain pada 2 Oktober, menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 6 orang.

Suspek-suspek yang ditangkap beberapa hari sebelum ini telah menerima pertuduhan di Mahkamah Ampang 2 hari lepas, atas kesalahan menculik.

Mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan telah mendapat jaminan dengan nilai RM4,000 seorang.

Salah seorang daripada tiga suspek tersebut juga telah dituduh di bawah Seksyen 232 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kemudaratan dengan sengaja.

Perbicaraan seterusnya telah ditetapkan pada 14 Disember tahun ini.

29 September lalu, seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilarikan ketika sedang makan seorang diri di sebuah restoran di Ampang.

Walau bagaimanapun, mangsa telah dilepaskan pada hari yang sama dalam keadaan cedera di bahagian kaki dan muka.

Kejadian dipercayai berpunca akibat masalah hutang dengan majikan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: