Tempatan

Cukai Hiburan Harus Dipotong – Syed Saddiq

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2022 – Syed Saddiq, seorang Ahli Parlimen Muar baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa cukai hiburan harus dipotong dan ia sepatutnya wajib disalurkan kepada tabung industri seni negara bagi membantu industri perfileman terus bernafas.

“Ia harus digunakan untuk tujuan tertentu. Kini, cukai kutipan disalurkan untuk mengecat pagar, tar jalan dan menanam pokok,” katanya menerusi sebuah video di aplikasi TikToknya.

Beliau mengemukakan kenyataan itu susulan daripada hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi, pengarah dan penerbit filem, Mawi, yang membuat penjelasan tentang kutipan filem ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ masih belum memulangkan modal biarpun kutipan diraih melebihi RM12 juta.

“Kutipan filem Mat Kilau mencecah RM12 juta, tetapi dikatakan masih rugi, kenapa? Ini kerana 25 peratus bayar untuk cukai hiburan, 50 peratus ke pengusaha pawagam dan pembikin filem hanya peroleh keuntungan selepas itu,” ujarnya.

Tambahnya, Malaysia antara negara yang mengenakan cukai hiburan tertinggi iaitu 25 peratus berbanding Singapura dan Indonesia yang tidak sampai 10 peratus.

“Untuk minggu pertama tayangan, perjanjian antara penerbit dan pawagam pembahagian adalah 50/50 bermaksud separuh perlu bayar.”

“Jadi selepas membayar cukai hiburan sebanyak 25 peratus, jumlah yang tinggal perlu dibayar sebanyak 50 peratus pula kepada pihak pawagam.”

“Untuk minggu seterusnya lain pula perkiraannya. Minggu-minggu seterusnya pihak pawagam akan ambil lebih lagi dari 50 peratus,” jelasnya.

Justeru, katanya Kerajaan harus memotong cukai hiburan supaya dapat membantu menyemarakkan kembali industri perfileman yang terjejas teruk akibat COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: