Tempatan

CUEPACS Gesa PM10 Bincang Dengan KSN, KSU Sebelum Kecilkan Jemaah Menteri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 25 November 2022 – Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon Anwar Ibrahim untuk berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) yang ada ketika ini sebelum mengecilkan Jemaah Menteri.

Menurut Presiden CUEPACS, Adnan Mat, pemerintah harus berbincang bersama KSN dan KSU sebelum berbuat demikian bagi memastikan dasar yang bermanfaat buat rakyat “tidak dibuang begitu sahaja” hanya demi tujuan tersebut.

Beliau berkata, CUEPACS mengelak daripada keputusan yang terburu-buru di mana ia akan memberi kesan terhadap dasar sedia ada yang kini sedang dilaksanakan oleh penjawat awam dan sekali gus akan memberi kesan terhadap pencapaian dasar semasa tersebut.

Jelas beliau, perbincangan tersebut perlu bagi mengelakkan keputusan yang akan memberi kesan terhadap jentera pentadbiran Kerajaan.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berjanji untuk mengecilkan saiz Kabinet sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Semalam, Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 atas perkenan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: