Tempatan

Cuepacs Gesa JPA Benar Kakitangan Awam Hadiri Mesyuarat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 20 Disember 2022 – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membenarkan kakitangan awam menghadiri mesyuarat kesatuan masing-masing.

Sebelum ini JPA tidak mengizinkan kakitangan awam menyertai mesyuarat kesatuan kerana terdapat kesatuan di bawah CUEPACS yang tidak berdaftar dengan jabatan itu untuk diletakkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

Walau bagaimanapun, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat berpendapat, alasan tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan kerana kesatuan-kesatuan sudah pun berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Jelasnya pada Konvensyen CUEPACS Ke-29, “Apabila kami semak adalah perkara amat janggal dengan tidak mendapat pelepasan daripada ketua-ketua perkhidmatan kerana tiada nama kesatuan dalam HRMIS.”

“Justeru, kami mendesak kerana perkara ini boleh dilaksanakan menerusi sesi libat urus Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) daripada Jabatan Ehwal Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia kepada JPA untuk didaftarkan di bawah HRMIS,” katanya.

Adnan Mat turut memaklumkan bahawa segala usul yang diluluskan dalam konvensyen kongres itu akan dibawa ke pihak Kerajaan untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker