Cubaan Rampasan Kuasa: Barat, Ukraine Mahu Warga Rusia Berbunuhan Sesama Sendiri– Putin
MOSCOW, 27 Jun 2023 – Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tenteranya agar mengelak dari berlaku pertumpahan darah semasa terjadi pemberontakan bersenjata dari militan pelampau Wagner pada hujung minggu.
Presiden Rusia itu juga menambah bahawa, perpecahan saudara inilah yang dimahukan oleh musuh Rusia. Kedua-dua neo-Nazi di Kiev dan Barat, mereka mahu melihat warga Rusia membunuh satu sama lain.
BACA JUGA: Percepat Proses Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat Demi Masa Depan Kanak-Kanak
BACA JUGA: Empangan Mula Merosot, 1 Berada Di Tahap Kritikal
BACA JUGA: Insiden ‘Tegur’ Gadis Form 6, Tokoh Media Nasihat PMX
Putin mengatakan pada Isnin, langkah-langkah untuk mengelak dari pertumpahan darah berskala besar telah diambil sejak dari permulaan cubaan rampasan kuasa. Di samping itu, beliau turut memuji rakan senegaranya atas sikap perpaduan dan semangat patriotisme mereka.
Presiden Rusia itu juga berterima kasih kepada pejuang dan Komander Wagner yang berundur untuk mengelak pertumpahan darah.
Dalam masa sama, beliau akan menunaikan janjinya untuk membenarkan mereka berpindah ke Belarus atau menandatangani kontrak dengan kementerian pertahanan negara itu atau kembali kepada keluarga mereka.
Hampir keseluruhan rakyat Rusia bersatu dengan penuh tanggungjawab demi mempertahankan tanah air mereka, kata p5residen Rusia itu, sambil menambah bahawa kebanyakan pejuang Wagner adalah patriot yang digunakan oleh penganjur pemberontakan bersenjata itu.
Putin turut memberi amaran bahawa sebarang percubaan untuk menyemai kekacauan di Rusia akan gagal mencapai matlamat dan sebarang pemerasan dan percubaan untuk mengatur pergolakan dalaman pasti tidak akan berhasil.