Antarabangsa

Warga Berketurunan Turkiye Di AS Bantu Gempa Terburuk Abad Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 10 Februari 2023 – Ramai warga Turki yang berada di Amerika Syarikat (AS) turut serta dalam membantu mangsa gempa bumi di Turki melalui pelbagai cara termasuklah dengan cara mengadakan kutipan dana.

Salah seorang warga Turki, Chopur yang kini merupakan seorang pelajar di Bay Atlantic University menyatakan bahawa kejadian tersebut sangat memberi kesan kepada mereka. Katanya,

“Saudara serta rakan-rakan kami kini masih berada di bawah runtuhan. Perkara ini betul-betul memberi kesan serta mengganggu fikiran kami”.

Malapetaka tersebut yang turut sama melanda Syria, telah menyebabkan warga serta pegawai Turki yang kini tinggal di AS mengalami trauma. Namun mereka tetap berharap dan bersungguh-bersungguh dalam memberi bantuan kepada mereka yang terkesan dan perkara ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesedihan mereka.

Seorang lagi warga Turki yang juga merupakan pelajar di Bay Atlantic University, Selman menyatakan bahawa mereka kini bersatu dalam mendepani kesedihan ini. Beliau juga mengatakan bahawa beliau masih tidak mendengar khabar beberapa rakan serta keluarga beliau yang berada di Gaziantep, salah sebuah daerah yang paling teruk terkesan di selatan Turki.

Selain daripada bantuan dalam bentuk kewangan, para pegawai Turki di As turut menyeru para penyumbang agar menghantar pakaian musim sejuk, kasut, selimut, beg tidur, lampu suluh, power bank, khemah, katil, makanan dalam tin, susu formula, lampin bayi, barangan kebersihan wanita serta ubat-ubatan untuk selsema serta ubat tahan sakit.

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi

BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat

Beberapa konsulat Turki di New York, Miami, Houston, Chicago dan lain-lain tempat turut mengumpulkan barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi selain daripada kutipan dana yang dibuat oleh pelbagai pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: