Antarabangsa

Cubaan Bunuh Imran Khan, Seorang Maut, 5 Cedera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISLAMABAD, 04 November 2022 – Seorang terbunuh manakala lima yang lain cedera dalam serangan cubaan bunuh mantan Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Dalam kejadian yang berlaku semalam, Imran Khan, 70, cedera bahagian kaki apabila tembakan dilepaskan daripada kumpulan orang ramai berhampiran bandar Gujranwala ketika menyertai satu perarakan politik.

Beliau bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut laporan portal antarabangsa, polis mengeluarkan video pengakuan seorang lelaki yang ditangkap, dikatakan cuba membunuh bekas perdana menteri itu.

Tidak jelas dalam keadaan apa pengakuan itu dijalankan tetapi di dalam video tersebut, lelaki itu ditanya oleh polis mengapa dia melepaskan tembakan, dan menjawab: “Dia menyesatkan orang ramai. Saya mahu membunuhnya. Saya cuba membunuhnya.”

Walau bagaimanapun, pembantu kanan dan jurucakap Imran Khan, Raoof Hasan, menolak video pengakuan itu dan menuduh kerajaan Pakistan “terlibat secara langsung” dalam serangan itu.

Tegasnya, pengakuan video yang dikeluarkan kerajaan Pakistan pimpinan Shehbaz Sharif itu sebagai “satu penyamaran berselindung” dan berkata kerajaan “cuba untuk menghapuskan [Imran Khan] secara fizikal”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: