Antarabangsa

Cuaca Tidak Menentu, India Henti Eksport Beras Hancur Untuk Jaga Pasaran Tempatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 21 September 2022 – India mengambil langkah melarang eksport beras hancur dalam usaha mengawal harga domestik komoditi tersebut.

Langkah itu diambil berikutan penurunan jumlah pengeluaran sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun setakat 2 September lalu, berikutan hujan monsun menjejaskan hasil penuaian.

“Bagi India, bulan Julai dan Ogos merupakan bulan ‘amat penting’ untuk hujan kerana ia menentukan jumlah beras yang disemai.”

“Namun, tahun ini, corak hujan monsun yang tidak sekata dalam bulan itu mengurangkan pengeluaran,” kata Ketua Ekonomi Firma Penyelidikan Nomura, Sonal Varma.

Nomura turut menyifatkan langkah itu bakal memberi kesan buruk di seluruh Asia.

Tatkala larangan itu dikenakan, Filipina dan Indonesia dilaporkan akan menjadi paling terjejas.

India ketika ini menyumbang kira-kira 40 peratus eksport beras global, dengan mengeksport ke lebih 150 negara.

Terdahulu, Presiden Persatuan Pengeksport Beras Seluruh India (AIREA), BV Krishna Rao, menyuarakan kebimbangannya dengan tindakan India yang melarang pengeksportan beras serta mengenakan duti 20 peratus ke atas eksport pelbagai gred beras kerana dikhuatiri akan mencetuskan inflasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: