Tempatan

Cuaca Panas: JPS Perak Laksana Catuan Air

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 20 Jun 2023 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak melaksanakan catuan air berikutan paras air di Empangan Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan di wilayah utara negeri itu masih berada pada tahap kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, empangan tersebut berada pada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1 yang menyebabkan catuan pengairan dilaksanakan tanpa membabitkan gangguan terhadap operasi bekalan air domestik.

BACA JUGA: AMARAN: Taktik Scam Guna Waran Tangkap Palsu – Polis Perak

BACA JUGA: Bak Kut Teh: Versi Ayam Tetap Mengelirukan – Prof Teo Kok Seong

BACA JUGA: Cuaca Panas: 64 Jemaah Haji Malaysia Terima Rawatan Jangkitan Paru-Paru

Katanya, trend paras air Empangan Bukit Merah menunjukkan penurunan ketara bermula 29 Mei lalu. Bagaimanapun, status semasa semalam menunjukkan terdapat taburan hujan di kawasan tadahan yang menyumbang kepada peningkatan paras air empangan.

“Sehingga pagi tadi (semalam), air Empangan Bukit Merah meningkat kepada 6.965 meter dengan storan 18.70 juta meter padu air (34.31 peratus) kembali kepada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1 yang bermaksud catuan pengairan dilaksanakan tanpa membabitkan gangguan terhadap operasi bekalan air domestik,” katanya.

Beliau berkata, justeru setakat semalam kapasiti storan air di empangan terbabit adalah 18.70 juta meter padu iaitu kembali kepada 34.31 peratus kapasiti normal berbanding 14.72 juta meter padu air atau 27.02 peratus daripada kapasiti normal kelmarin.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Kerian sudah membuat permohonan untuk pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di empangan terbabit melalui Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian kepada kerajaan Perak melalui surat bertarikh 1 Jun lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan kepada ramalan 14 hari yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) yang meramalkan hujan kurang berlaku di kawasan tadahan kolam itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: