Tempatan

Cuaca Panas: Aktiviti Pertanian Di Pahang Tidak Terjejas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 05 Ogos 2024 – Aktiviti pertanian di Negeri Pahang tidak terjejas walaupun diancam cuaca panas ekstrim yang melanda negara.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Ir Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak berkata, sehingga kini aktiviti bagi sektor pertanian berjalan baik memandangkan pembekalan air di negeri itu masih berada dalam keadaan baik.

“Pahang setakat ini tiada (pertanian terjejas) sebab apa, walaupun cuaca panas namun belum ada ke tahap sampai kita menghadapi masalah, kita punya empangan, bekalan air masih lagi berada di paras (terkawal),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar Pahang merasmikan Pahang Agrofest 2024 di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan, pada Sabtu lalu.

Tambahnya, Pahang masih belum mempunyai sebarang keperluan untuk melakukan pembenihan awan memandangkan aktiviti sektor pertanian di negeri ini masih terkawal.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kerajaan Pahang juga berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan tanah bagi meningkatkan sektor penghasilan pertanian menerusi penggunaan teknologi yang betul menerusi pelbagai sektor.

“Jadi pendekatan yang perlu kita ambil adalah menggunakan pendekatan teknologi dan ini tidak salah kerana telah pun terbukti macam saya kata tadi di Belanda dan mengoptimakan (tanah) inilah sebenarnya kita kena libatkan (pelbagai sektor) walaupun bukan dari sektor pertanian,” katanya.

Jelasnya, terdapat teknologi dari sektor lain yang dapat ditransformasikan untuk dimanfaatkan dan digunakan bagi membangunkan bidang pertanian secara optimum.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: