Antarabangsa

White House Umum Tarikh Persidangan “Kelaparan” Setelah 5 Dekad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 30 Ogos 2022 – White House telah mengumumkan tentang perancangan bagi mengadakan Persidangan Kelaparan, Nutrisi dan Kesihatan setelah lebih 50 tahun program seperti itu tidak diadakan.

Program yang dijadualkan akan berlangsung pada 28 September di Washington tersebut akan mengumpulkan “pemimpin kerajaan, ahli akademik, aktivis dan warga Amerika dari segenap lapisan” dalam memberi tumpuan terhadap isu-isu yang memberi kesan terhadap jutaan warga Amerika yang kini berdepan dengan masalah keselamatan makanan dan kenaikan harga barang.

“Kami akan mengumumkan strategi nasional pada persidangan tersebut yang akan mengenal pasti tindakan yang bakal diambil oleh pihak kerajaan dalam memberi pemangkin terhadap sektor awam dan swasta dalam melakukan perubahan serta dalam menyatakan hubungan di antara makanan, kelaparan, nutrisi dan kesihatan,” ujar Karine Jean-Pierre, Setiausaha Media White House.

Pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Joe Biden itu telah mensasarkan untuk menambahbaik akses dan kemampuan bagi mendapatkan bekalan makanan, memperkasakan rakyat dalam memilih makanan yang sihat serta memperluaskan kajian dalam bidang keselamatan makanan pada mana-mana bahagian yang sedang berdepan dengan masalah.

Washington sebelum ini mendakwa bahawa mereka merancang untuk menghapuskan kelaparan di seluruh negara sepenuhnya pada 2030.

Pada Mei lalu, Biden telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut,

“Saya akan bekerjasama dalam Persidangan White House berkenaan Kelaparan, Nutrisi dan Kesihatan dalam mengumpulkan para penyokong anti-kelaparan, penyokong nutrisi, syarikat-syarikat pengeluar makanan, kerajaan-kerajaan tempatan serta komiti bagi setiap kelompok masyarakat dalam menyediakan rancangan untuk melawan kebuluran dan menaiktaraf nutrisi bagi setiap warga Amerika.”

Kini inflasi di bawah pentadbiran Biden telah meningkat menjadi yang tertinggi sejak 40 tahun, yang mana ianya telah mencapai 9.1 peratus pada Jun lalu dan kini berada pada tahap 8.5 peratus dan ianya melibatkan kenaikan harga makanan, petrol dan barangan keperluan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: