Tempatan

Crackhouse Comedy Club: Bicara Permohonan Batal Senarai Hitam Kekal, 23 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Bicara permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi membatalkan senarai hitam kekal terhadap dua pemilik Kelab Komedi Crackhouse ditetapkan 23 Mei ini oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Malaysia Jamin Bekalan Bijian Sentiasa Ada, Kurang Kebergantungan Pada Import

BACA JUGA: Al-Azhar Gesa Negara Islam Boikot Produk Belanda & Sweden

BACA JUGA: Malaysia Tidak Tolak Ansur Tindakan Bakar Al-Quran

Peguam kepada pemilik kelab Komedi berkenaan, Harshaan Zamani turut mengesahkan tarikh perbicaraan itu yang membabitkan cabaran undang-undang bagi mendapatkan semula lesen perniagaan pemilik kelab tersebut.

“Perbicaraan pada 23 Mei jam 9 pagi, di hadapan Yang Arif (Hakim Amarjeet Singh) melalui e-perbicaraan dengan kehadiran semua pihak di mahkamah,” kata peguam berkenaan selepas pengurusan kes tersebut semalam.

Pada Ogos tahun lalu, pemilik Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel disenarai hitam dari mendaftarkan lesen perniagaan di mana-mana premis di ibu negara untuk seumur hidup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, kelab tersebut memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tindakan DBKL terhadap mereka itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: