Tempatan

Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 07 Julai 2023 – Kerajaan Perlis melaksanakan projek pemasangan solar di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis sebagai langkah mengurangkan intensiti pelepasan karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif MESTRON, Por Teong Eng berkata projek permulaan itu berkapasiti 72 kilowatt puncak (kWp) dibina di atas bumbung pejabat pentadbiran JPS Perlis dapat mengurangkan kira-kira 1,700 tan gas rumah hijau untuk tempoh 25 tahun.

BACA JUGA: Kos Haji Swasta Mungkin Capai Sehingga RM60,000 Tahun Depan

BACA JUGA: Sweden Pertimbang Haramkan Pembakaran Al-Quran

BACA JUGA: PRN: 661, 905 Pengundi Muda Lingkungan 18-20 Tahun

“Projek dijangka siap pada Oktober hadapan dan JPS Perlis dijangka dapat menikmati penjimatan bil elektrik hampir RM0.6 juta dalam tempoh 20 tahun kontrak perjanjian dengan penjimatan terkumpul sebanyak RM1.12 juta dalam tempoh 25 tahun.”

Tambahnya lagi, projek tersebut tidak melibatkan kos pemasangan yang tinggi, sebaliknya ia lebih mudah dan cepat dilaksanakan.

Teong Eng berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian Supply Agreement for Renewable Energy (SARE) dengan kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Rabu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: