Antarabangsa

Perang Dunia Ketiga Telah Diisytiharkan: Pope Francis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VATICAN CITY, 16 Jun 2022 – Pemimpin utama Gereja Katolik, Pope Francis telah menyuarakan pendapatnya bahawa perang dunia ke-3 sebenarnya sudah berlangsung jika dilihat pada unsur-unsur yang mempunyai perkaitan dengan krisis Rusia-Ukraine serta beberapa lagi konflik yang sedang berlaku di seluruh dunia ketika ini.

Beliau membuat kenyataan sedemikian dalam satu temu bual bersama media Jesuit, sebuah organisasi media yang berkhidmat kepada Gereja Katolik pada pertengahan Mei. Hasil temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan pada hari semalam.

Menurut Pope Francis, selain daripada pertempuran yang sedang berlaku di Ukraine yang mana mendapat perhatian yang luas dalam kalangan penduduk dunia, peperangan juga sedang berlaku di tempat-tempat lain seperti di utara Nigeria serta utara Congo, namun tiada yang peduli.

Sebelum ini, Pope Francis pernah dikritik kerana dilihat sebagai menyebelahi Putin. Ini berikutan beliau tidak membuat sebarang kecaman terhadap pemimpin Rusia tersebut, selain menyifatkan NATO sebagai pihak yang memulakan provokasi bagi krisis di antara Rusia dan Ukraine.

Bagi menjawab kritikan tersebut, beliau berkata,

“Saya tidak bersetuju untuk menjadikan sebuah situasi yang amat rumit itu dilihat sebagai satu hal mudah berkaitan perlawanan di antara orang baik dan orang jahat, tanpa mengambil kira masalah serta kepentingan-kepentingan (pihak tertentu) yang menjadikannya sesuatu yang amat rumit.”

Beliau seterusnya menambah,

“Dalam pada kita menyaksikan kekejaman dan keganasan tentera Rusia, kita tidak seharusnya melupakan masalah (teras) dan mencari penyelesaiannya.”

Selain itu, Pope Francis turut mengingatkan agar tidak hanya memberi tumpuan terhadap keganasan dan kekejaman di dalam konflik Rusia-Ukraine ini, tetapi hendaklah cakna juga terhadap keseluruhan isu yang berkaitan peperangan ini seperti isu percubaan senjata serta isu penjualan senjata.

“Apa yang berlaku di hadapan kita kini adalah situasi perang dunia, kepentingan-kepentingan global, penjualan senjata serta peruntukan geopolitik yang telah membunuh para wirawan (Ukraine),” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: