Tempatan

Cubaan Culik: Polis Gombak Mengaku Terima Laporan Pelajar Sekolah Rawang Dicekup Mulut, Dipegang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Polis mengesahkan bahawa pihak mereka menerima laporan berhubung kejadian pelajar sekolah di Rawang yang dipegang serta ditutup mulutnya sewaktu hendak pulang dari sekolah, petang kelmarin, lapor sebuah portal berita tempatan.

Lapor portal berkenaan, kanak-kanak lelaki tersebut sempat menggigit tangan lelaki yang cuba menekup mulutnya itu.

Kanak-kanak itu didekati lelaki berkenaan sewaktu mangsa keluar dari sekolah dan ketika mangsa hendak membeli aiskrim berhampiran sekolahnya dalam jam 5.50 petang

Namun, tangan mangsa dipegang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba.

Ibu mangsa bagaimanapun telah membuat laporan polis sehari kemudian yang menyatakan bahawa lelaki berkenaan cuba untuk menekup mulut anaknya namun anaknya bertindak menggigit tangan lelaki terbabit.

Laporan itu juga mengatakan bahawa lelaki terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah van berwarna putih dan difahamkan, ketika kejadian berlaku tiada seorang pun saksi yang berada di kawasan berhampiran.

Kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, siasatan mengenai kejadian tersebut akan dijalankan serta satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung siasatan terperinci mengenai kes berkenaan.

Beliau turut meminta kepada orang ramai untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut sehingga siasatan selesai dilakukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: