Tempatan

Lebih Murah Selamatkan Planet Sekarang Daripada Harga Tinggi Di Masa Hadapan – Pemangku Raja Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 08 Disember 2021 – Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Charles Hay berkata, UK akan terus menyokong Malaysia dalam mengharungi perubahan iklim dan strategi pembangunan tindakan iklim jangka panjang.

Kenyataan ini diumumkan sewaktu majlis makan malam Together For Our Planet anjuran Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur sempena penganjuran COP26 oleh United Kingdom (UK) serta kerjasama iklim dengan Malaysia November lalu.

Pada hari itu, tetamu kehormat yang hadir ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Dr Zaini Ujang dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Dalam majlis makan malam itu, Tengku Hassanal bertitah, banyak perkara penting diketengahkan pada persidangan itu dan percaya ia berjaya meningkatkan kesedaran antarabangsa terhadap perubahan iklim.

“Pada COP26 beta belajar bahawa adalah lebih murah untuk menyelamatkan planet ini sekarang berbanding terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi pada masa hadapan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.”

“Peningkatan paras laut akan menghapuskan banyak tamadun di kawasan pantai. Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan malapetaka,” titah baginda lagi.

Mesyuarat COP26 di Scotland yang berlangsung sehingga 12 November lalu merupakan persidangan iklim terbesar ketika seluruh dunia berdepan fenomena cuaca ekstrim, impak daripada penggunaan kuasa bahan bakar fosil sejak 150 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: