Antarabangsa

Mengenang 75 Tahun An Nakba, Ribuan Berarak Di Bandar-Bandar Besar Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 15 Mei 2023 – Ribuan orang ramai telah berkumpul dan berarak di London, New York, Dublin dan Vienna bagi mengenang ulang tahun ke-75 kejadian penubuhan rejim aparteid Israel secara haram, yang dikenali sebagai Hari Nakba, ataupun hari malapetaka.

Orang ramai yang berhimpun dan membuat demonstrasi besar-besaran pada hari Ahad itu menyeru supaya rejim haram aparteid Israel menghentikan pendudukan mereka di Israel.

BACA JUGA: Lempar Objek Dipercayai Bom, Seorang Suspek Diburu

BACA JUGA: Vernakular: Hak Kita Dirampas, Sekolah Agama Macam Anjing? – CIJ

BACA JUGA: Siklon Mocha: Pulau Pangkor Tangguh Aktiviti Rekreasi Laut

Sebuah demostrasi di London, yang bertajuk “Nakba 75 – End Apartheid, End the Occupation” yang bermula di luar ibu pejabat BBC dan seterusnya perarakan berlangsung hingga ke Downing Street iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri.

Himpunan tersebut telah dianjurkan oleh Palestinian Forum in Britain, Friends of al-Aqsa, Palestine Solidarity Campaign dan Muslim Association of Britain.

Turut bersama dalam perhimpunan di London, Jeremy Corbyn, mantan pemimpin Parti Buruh yang juga merupakan seorang aktivis kempen menentang pendudukan rejim haram aparteid Israel di Palestin.

Manakala di Amerika Syarikat (AS) hampir ribuan orang ramai berkumpul di tengah-tengah Bay Ridge, Brooklyn pada Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang bertemakan warna merah, hijau, putih dan hitam bagi melambangkan bendera Palestin, juga untuk memperingati peristiwa Nakba.

Lebih daripada 20 ubah organisasi yang telah membiayai perarakan tersebut termasuklah Samidoun, Palestinian Prisoner Solidarity Network, Palestinian Youth Movement, American Muslim for Palestine dan Black Alliance for Peace.

Selain daripada di London dan di Brooklyn, terdapat juga demostrasi besar-besaran yang diadakan di Dublin, Ireland dan juga di Vienna, Austria. Kedua-duanya dianjurkan untuk memperingati Hari Nakba.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: