Tempatan

Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2023 – Kerajaan dijangka menurunkan harga minyak petrol RON95 pada Ogos ini bagi mengimbangi tekanan inflasi dan pendapatan, ujar MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, harga mungkin akan turun sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter.

Menurutnya, “Dengan mengandaikan Kerajaan mengurangkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter pada Ogos, kami menganggarkan inflasi utama Malaysia akan mencatatkan lebih rendah sedikit pada 2.9 peratus untuk 2023.”

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

BACA JUGA: Konsert The 1975: Aktivis LGBT Gesa Gugurkan Pertuduhan Pada Penganjur Serta-Merta

BACA JUGA: Amaran PM Kepada Pelaku Jenayah Boleh Dilihat Sebagai Campur Tangan, Cabul Kedaulatan Undang-Undang – Peguam Kanan

“Menjelang akhir tahun, pemotongan 10 sen ini akan menjadikan kadar inflasi bulanan lebih rendah kepada 1.9 peratus berbanding 2.3 peratus tahun ke tahun.”

Sementara itu, pihak MIDF Research turut menganggarkan harga pasaran RON95 tanpa subsidi sepatutnya RM3.10. Tetapi oleh kerana normalisasi harga minyak global, perbezaan harga bahan api dianggarkan jauh lebih rendah pada RM1.05 seliter untuk tahun ini.

“Dengan perbezaan harga yang lebih rendah, kami percaya jumlah perbelanjaan subsidi akan lebih rendah berbanding tahun lepas,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: