Tempatan

Kemurungan Penyebab Bunuh Diri & Masalah Mental No 1 Dunia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NILAI, 05 Oktober 2022 – Masalah kemurungan atau depresi kini merupakan satu krisis global yang juga merupakan masalah mental nombor satu sekali gus menjadi penyebab kepada kes bunuh diri.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr. Nathratul Ayeshah Zulkifli dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata kemurungan yang bakal menjadi masalah kesihatan nombor satu ini akan mengatasi masalah penyakit jantung, kanser dan HIV/AIDS pada tahun 2030 nanti.

Penyakit ini adalah penyakit yang diumpamakan sebagai kotak hitam (black box) dan juga penyakit yang tidak kelihatan.

Selain itu, kebanyakan orang awam tidak memahami masalah kemurungan ini selain ia juga penyakit yang selalu disalah erti.

Beliau juga mendedahkan bahawa wanita dilanda kemurungan dengan kadar dua kali ganda daripada lelaki dengan satu daripada empat wanita memerlukan rawatan untuk kemurungan berbanding dengan satu dalam 10 untuk lelaki.

Ini adalah kerana perbezaan dari segi biologi iaitu perubahan homon yang menambahkan risiko kemurungan pada kaum wanita.

Dalam pada itu, perbezaan dari aspek psikologi dan sosial juga antara sebab wanita lebih terdedah kepada kemurungan berbanding lelaki.

Dr. Nathratul Ayeshah Zulkifli merupakan salah seorang ahli panel di Majlis Pelancaran Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita (HEALHER) yang diadakan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini.

Majlis ini merupakan anjuran Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: