Antarabangsa

Facebook Had Komen Hantaran Konflik Palestin – Meta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 20 Oktober 2023 – Syarikat pemilik Facebook, Meta Platforms telah memulakan tindakan sementara bagi mengehadkan “komen-komen yang berpotensi tidak diraikan atau tidak dikehendaki” bagi hantaran-hantaran berkenaan konflik yang terjadi di antara Hamas dan Israel.

Tindakan yang telah bermula pada Rabu lalu melibatkan ketetapan asal bagi mereka yang dapat membuat ulasan terhadap hantaran-hantaran Facebook yang baharu dan awam yang dibuat oleh pengguna “di rantau tersebut” hanya kepada kawan dan pengikut mereka sahaja.

Menurut portal Arabnews, seorang jurucakap Meta enggan untuk menyatakan perincian tentang bagaimana syarikat tersebut mendefinisikan “rantau” itu. Namun menerusi sebuah hantaran blog, Meta telah menyatakan bahawa para pengguna boleh memilih untuk mengubah ketetapan hantaran pada bila-bila masa.

Meta turut menyatakan bahawa mereka akan menghalang satu atau dua komen pertama pada hantaran sewaktu pengguna sedang melakukan “scrolling” di laman Facebook. Ujar Meta lagi,

“Polisi-polisi kami telah direka untuk memastikan orang ramai selamat dalam aplikasi kami sambil memberikan setiap orang hak untuk bersuara”.

“Kami mengaplikasikan polisi-polisi ini secara saksama di seluruh dunia dan khabar yang menyatakan bahawa kami sengaja menghalang hak bersuara adalah tidak benar”.

Pada awal minggu ini, beberapa pengguna Facebook telah membuat hantaran menyokong Gaza dan Palestin telah mendakwa bahawa Meta telah menghalang beberapa kandungan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: