Tempatan

Khairy Berhalusinasi Tentang Kebebasan Pasukan Petugas? – P Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 22 Mei 2022 –“Adakah Khairy berhalusinasi tentang kebebasan pasukan petugas dengan terlibat dalam politik pengecualian?” soal Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy melalui satu hantaran yang dibuat di laman sosial Facebook miliknya pada beberapa hari lalu.

P Ramasamy mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan daripada tindakan yang dilakukan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin yang menolak dakwaan bahawa penyertaan wakil doktor pelatih dalam pasukan petugas mungkin tidak memihak kepada pasukan petugas untuk menyiasat kejadian buli di hospital awam.

Tambah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu lagi, Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HCWITF) telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang dan kejadian buli yang berleluasa di hospital kerajaan telah dikritik kerana tidak menyertakan wakil doktor pelatih dan pertubuhan bukan kerajaan perubatan lain.

Dalam hantaran tersebut, P Ramasamy turut berkata, “Khairy ketika ditanya oleh para wartawan menyatakan bahawa pengecualian mereka bertujuan untuk memastikan pasukan petugas itu akan dapat melakukan kerja penyiasatan secara bebas.”

“Tetapi terdapat anggota pasukan petugas tersebut yang tidak tergolong dalam bidang perubatan bertujuan untuk bersikap saksama dalam tugas yang diberikan.”

“Saya tidak pasti bagaimana pengecualian wakil doktor pelatih akan menjadikan pasukan petugas lebih objektif dan telus,” ujar P Ramasamy.

Menurut beliau, perkara ini adalah sesuatu yang sukar dijangka daripada seorang Menteri Kesihatan yang serius dan memandangkan doktor pelatih menjadi mangsa buli di hospital kerajaan maka, ianya tidak masuk akal untuk mengecualikan perwakilan mereka.

“Saya sebenar mempunyai anggapan bahawa Khairy adalah seorang menteri yang lebih baik daripada banyak kayu mati yang lain dalam kerajaan sekarang.”

Namun yang demikian, P Ramasamy merasakan bahawa, dalam masa yang singkat, Khairy telah membuktikan di mana beliau tidak mempunyai perbezaan dengan menteri pintu belakang lain dalam kerajaan.

“Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, pasukan petugas dan komposisi kakitangannya meninggalkan banyak perkara yang diingini. Pelantikan bekas penjawat awam untuk mengetuai pasukan petugas adalah petunjuk bahawa pasukan petugas mungkin tidak bebas.”

Sebelum menutup kenyataan, beliau turut meluahkan rasa dengan berkata, “tidak hairanlah sekiranya pasukan petugas gagal. Pengecualian wakil doktor pelatih adalah satu tanda buruk kepada pasukan petugas.”

Melalui sudut pandangan beliau, Menteri Kesihatan itu nampaknya mengambil sikap yang agak ringan dalam menyiasat kejadian buli dan beliau lebih berpuas hati dalam mengeluarkan kenyataan tidak bermakna dengan menubuhkan pasukan petugas yang tidak mempunyai tujuan.

“Jika ini adalah kesungguhan yang diberikan untuk membendung buli, maka bolehkah kita mengharapkan apa-apa hasil yang berbaloi atau bermakna daripada usaha separuh hati sejak awal dalam menangani masalah ini yang wujud sejak lama lagi?” soal P Ramasamy.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: