Antarabangsa

Mandi Di Kolam Renang “White Only”, Remaja Kulit Hitam Afrika Selatan Diserang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AFRIKA SELATAN, 1 Januari 2023 – Telah tular sebuah video yang memaparkan kejadian serangan terhadap dua orang remaja berkulit hitam yang sedang mandi di kolam renang di mana penyerangnya adalah sekumpulan lelaki berkulit putih.

Kejadian tersebut telah berlaku di kolam renang di dalam sebuah resort di Afrika Selatan, di mana para penginap menyangkakan bahawa kedua orang remaja berkulit hitam itu adalah orang luar dan bukan penginap di situ.

Seterusnya sekumpulan lelaki cuba untuk menghalang dua remaja terbabit dengan mengatakan bahawa ianya hanya untuk orang berkulit putih.

Rakaman video berkenaan kejadian tersebut memaparkan perbuatan di mana dua remaja tersebut telah diserang dan ditampar.

Pihak berkuasa kemudiannya telah membuat dakwaan terhadap dua orang penyerang terbabit dengan tuduhan melakukan serangan. Manakala seorang lagi turut dihadapkan ke mahkamah pada 29 Disember lalu dengan tuduhan percubaan membunuh.

Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa turut mengeluarkan sebuah kenyataan berkenaan kejadian serangan tersebut dengan mengatakan,

“Sebagai warga kulit hitam dan kulit putih Afrika Selatan, kita seharusnya bersatu dalam mengutuk segala bentuk penzahiran perkauman dan cubaan-cubaan untuk melindungi perbuatan jenayah seperti itu”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: