Antarabangsa

Monkeypox Kini Dinamakan Clade l dan Clade ll

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 16 Ogos 2022 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa varian virus monkeypox kini dinamakan dengan nama Clade l dan Clade ll bagi mengelakkan tercetusnya masalah berkaitan budaya atau sosial, lapor sebuah akhbar tempatan.

Pakar meletakkan nama ‘Clade l’ bagi merujuk kepada kumpulan varian dari bekas Lembangan Congo di Afrika Tengah manakala ‘Clade ll’ buat kumpulan varian dari bekas Afrika Tengah.

Ia merupakan rangkuman daripada dua sub varian iaitu Clade lla dan Clade llb dan varian yang sedang merebak tika ini, Clade llb menjadi kumpulan varian yang utama sepanjang tahun ini.

WHO memutuskan nama baharu itu hasil daripada persidangan antara sekumpulan pakar global dan mengumumkan agar ia digunakan serta merta.

Dalam pada itu, WHO turut menjelaskan bahawa sebarang virus baharu, penyakit mahupun varian virus harus diberikan nama di mana isu budaya, sosial, negara, wilayah, profesional atau kumpulan etnik tidak disentuh. Ia secara tidak langsung turut dapat meminimumkan kesan negatif terhadap aspek perdagangan, pelancongan atau kebajikan haiwan.

Bulan lalu, WHO mengisytiharkan _monkeypox_ sebagai kecemasan kesihatan global dan setakat minggu lalu, sejumlah 27,814 kes positif dikesan dengan 11 kematian melibatkan 89 buah negara.

Benua Eropah dan Amerika merupakan antara kawasan yang paling teruk terkesan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: