Tempatan

AJAIB! Ibu Bapa Hilang Terus Muncul Kerana Bantuan Awal Persekolahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2023 – Tular di Facebook kisah-kisah ibu bapa tidak menjaga anak bersekolah tetapi berebut ingin menuntut Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Menurut perkongsian orang ramai, ada ibu bapa yang bersikap pentingkan diri sendiri tergamak mengambil kesempatan mengambil hak anak mereka.

BACA JUGA: Dasar Kebudayaan Kebangsaan Tidak Dihormati, Tokoh Akademik Kecewa

BACA JUGA: Kedudukan Sabah, Sarawak, PM Janji Minta Nasihat Raja-Raja Melayu

BACA JUGA: Penjara Atau Denda, Guna Jata Persekutuan Tanpa Kebenaran

“Anak dr kcik nenek tlg jaga..btg hdung mak ayah haram xpenah tgk..tup2 dpt bntuan..kite xpenah kenal bertny la anak sape nama..upenye anak sekian ni..nenek dok la berdiri tepi tu..laju je mak yang ambikkan..”

Ada juga yang berkongsi cerita, ayah pelajar menuntut bantuan pelajar tanpa pengetahuan anaknya dan menghilang setelah mendapat bantuan.

“Ada bapa yang dah bertahun2 ignore family. Tak pernah bagi nafkah tak pernah nampak btf idung datang sekolah tuntut BAP untuk 5 anaknya pagi2..petang anaknya nak tuntut tak dapat..bapak lesap duit lesap..”

Tidak kurang juga kisah ibu bapa yang bercerai membuat hal semasa proses tuntutan bantuan.

“Mcm2 drama masa ambik bantuan terutama kes ibu bapa pelajar yg dah bercerai..dua2 dtg nak ambik bantuan..pening cikgu.”

Terdahulu, Kerajaan mengumumkan pemberian BAP secara one-off sebanyak RM150 kepada semua murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2023/2024 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutama pada awal tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: