Tempatan

KKM Saran Vaksin Ke-4 Sebelum Balik Kampung – Menteri Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 April 2022 – “Warga emas yang berisiko tinggi boleh dan layak mengambil dos penggalak kedua untuk top up imuniti mereka, tambah lagi perlindungan terhadap gejala serious COVID.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menerusi sebuah video berdurasi 02:20 minit yang dimuatnaik di laman rasmi Twitter milik beliau beberapa hari lalu.

Beliau mengingatkan semua bahawa individu terlibat diberikan pilihan sama ada untuk mengambilnya ataupun tidak, ia hanya untuk menambah perlindungan terhadap gejala serius COVID-19.

“Ini pilihan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyorkan sahaja. Jangan kata saya paksa.”

“Saya cuma nak pastikan warga emas kita mendapat perlindungan yang terbaik especially sebelum you all balik kampung ramai-ramai nanti,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Malaysia tersebut turut memaklumkan mengenai penggunaan ubat antiviral Paxlovid yang digunakan sebagai terapeutik bagi merawat pesakit COVID yang berisiko tinggi serta melindungi pesakit tersebut daripada gejala yang lebih serius.

Susulan itu, beliau berkata bahawa remaja yang mempunyai sistem imun lemah ataupun immunocompromised juga kini boleh menerima dos penggalak.

“Sila semak dengan doktor anda untuk maklumat mengenai dos penggalak, ini penting sebab terdapat sedikit peningkatan kes dalam kalangan remaja, jadi untuk kumpulan ini, bolehlah ambil dos penggalak untuk kekal selamat.”

Sebelum mengakhiri kenyataan, beliau berkata akan mengumumkan perkembangan terbaru berkenaan sambutan Hari Raya Aidilfitri termasuk beberapa pengumuman lain pada minggu depan.

“Minggu depan saya akan umumkan update berkenaan sambutan hari raya dan juga beberapa pengumuman lain yang penting.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: