Antarabangsa

UAE Benarkan Judi, Bangun Kasino Mewah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DUBAI, 15 Februari 2022 – United Arab Emirates (UAE) telah membenarkan aktiviti perjudian di negara Islam itu susulan perjanjian untuk membina sebuah resort mewah yang telah dibuat bersama Wynn Resorts, sebuah jenama kasino besar yang berpengkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pengumuman itu dibuat seiring dengan kenyataan Lembaga Pembangunan Pelancongan Ras al-Khaimah (RAKTDA) yang memperkenalkan bahagian baharu, dipanggil Jabatan Hiburan dan Peraturan Perjudian, yang akan mengawal selia “resort bersepadu” yang merangkumi operasi hotel, ruang hiburan, restoran, spa, kedai runcit, kawasan konvensyen dan “perjudian”.

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Wynn Resorts dan Ras al-Khaimah hanya merujuk ‘perjudian’ tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Menurut perjanjian tersebut, resort mewah yang mencecah harga bilion dolar itu akan dibuka pada 2026, menyediakan 1,000 bilik hotel mewah, pusat beli-belah, pusat konvensyen, spa eksklusif, 10 restoran aneka pilihan dan ruang rehat serta ‘kawasan perjudian’.

Wynn Resortsterkenal dengan kasino dan hotel mewahnya, terutamanya hab perjudian di Las Vegas dan Macau.

Resort mewah tersebut akan dibina di Ras al-Khaimah iaitu di pulau buatan Al-Marjan, pulau buatan manusia yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan disajikan pemandangan teluk Arab yang menakjubkan.

UAE, yang terkenal dengan bangunan pencakar langit yang tinggi, pusat beli-belah bersaiz besar dan padang pasir, sering dibandingkan dengan Las Vegas kecuali beberapa perbezaan besar iaitu agama rasmi UAE ialah agama Islam yang melarang perjudian.

Januari lalu, konsert KPOP yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2022 sempena Riyadh Season 2 terpaksa ditangguhkan selepas ribut pasir berserta hujan melanda di bumi para anbiya itu.

Penangguhan itu disambut baik oleh para netizen yang menyifatkannya sebagai perancangan Allah.

“Alhamdulillah, peringatan daripada Allah SWT untuk mereka yang sesat di bumi barakah. Kembalilah ke jalan yang benar sebelum kemurkaan Allah yang dahsyat menimpa kamu. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua,” komen SaFwan MoHd.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: