Tempatan

Elak Kahwin Muda: Kerajaan Bakal Gubal Undang-Undang Wajib Ke Sekolah Menengah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2023 – Kementerian Pendidikan bakal menggubal undang-undang bagi mewajibkan kanak-kanak belajar hingga ke peringkat sekolah menengah bagi mengelakkan isu perkahwinan di usia muda, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau yang turut menyatakan bantahan terhadap perkahwinan bawah umur berkata, perkahwinan di peringkat kanak-kanak bukan sahaja akan membunuh potensi mereka, malah ia akan menghalang mereka dari mendapatkan pendidikan.

Ketika ini, undang-undang sedia ada hanya mewajibkan persekolahan di peringkat rendah, katanya dalam sebuah siaran televisyen sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, semalam.

BACA JUGA: Polis Buru Lelaki Conteng Tembok Masjid, Persenda Nabi

BACA JUGA: Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Pejabat Peguam Negara’, Pendakwa Raya

BACA JUGA: Penceramah Tanpa Tauliah Boleh Dikenakan Tindakan

Dalam masa yang sama, kata beliau, diskriminasi jantina dalam kalangan masyarakat akan timbul sekiranya isu berhubung perkahwinan kanak-kanak ini tidak ditangani.

“Oleh itu setiap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, agamawan dan media perlu memainkan peranan bagi memperkasakan pendidikan dalam kalangan wanita sejak di bangku sekolah lagi,” ujarnya.

Pada tahun lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa agar semua negeri meningkatkan umur minimum perkahwinan kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, mereka yang berkahwin ketika kanak-kanak sering berhenti persekolahan dan ia akan meletakkan mereka dalam prospek ekonomi yang terhad untuk seumur hidup.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: