Tempatan

Bukan Salah Mereka Minum, Lainlah Kalau Mereka Memandu – Syed Saddiq

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Januari 2022 – Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan perasaan tidak puas hati beliau setelah sesetengah pihak menularkan gambar beberapa individu memakai baju tertera logo MUDA dengan minuman arak di atas meja.

Gambar tersebut telah mendatangkan kegusaran kepada sebahagian pihak yang antaranya berasa kurang senang dengan kewujudan kain sejadah di belakang mereka yang sedang duduk di meja penuh dengan hidangan arak itu.

Perkara ini mendapat perhatian dan menjadi topik perbualan ramai di media sosial.

Memberi respon tentang gambar yang tular itu, Syed Saddiq menegaskan bahawa, MUDA adalah parti yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dan wujud atas dasar toleransi.

“Parti ini, parti berbilang kaum. Bukan kesalahan untuk mereka minum lainlah kalau mereka memandu.”

“Kita hormat hak mereka dan mereka hormat hak kita. Ini hak peribadi mereka,” kata mantan Menteri Belia dan Sukan itu.

Beliau yakin bahawa perbuatan menyebarkan gambar sedemikian rupa adalah dilakukan oleh pihak yang terdesak, suatu perbuatan yang disifatkannya sebagai ‘taktik murah dan lapuk’.

“Kalau betul-betul nak tularkan isu, tularlah isu salah laku dan curi wang rakyat. Bawalah isu rasuah, guna wang rakyat untuk kepentingan diri.”

“Itu baru isu yang perlu diangkat, bukan isu makan minum orang.”

Beberapa hari yang lalu, MUDA juga telah menjadi topik perbualan kerana mempunyai kerjasama rapat dengan salah sebuah NGO LGBT Melayu, JEJAKA.

Pengasas JEJAKA, Numan Afifi mendedahkan bahawa JEJAKA telah berganding bahu dengan Parti Muda bagi kerja pembersihan di Lembah Pantai dan Sepang. Parti MUDA juga akan merujuk kes-kes yang melibatkan golongan LGBT kepada Jejaka.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini pernah dikecam hebat atas pelantikan sahabatnya, Numan Afifi di jawatan pegawai akhbar kepada beliau selaku Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan Numan Afifi menjadi kontroversi berikutan penglibatan beliau dengan penganjuran acara buka puasa ‘Big Gay Iftar’ di Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: