Antarabangsa

Turkiye Akan Terus Membantu Sektor Perubatan Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 26 Mei 2023 – Wakil Tetap Turkiye ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada Rabu lalu telah membuat kenyataan bahawa Turkiye akan tetap meneruskan bantuannya terhadap sektor kesihatan Palestin.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Serdar Ozkan menerusi ucapan beliau sewaktu berlangsungnya perbincangan berkenaan keadaan kesihatan di wilayah Palestin yang telah diduduki secara haram termasuklah di timur Jerusalem.

BACA JUGA: Kalimah Allah: Aziz Bari Mengaku Sokong Afidavit Penarikan Rayuan Kes Jill Ireland

BACA JUGA: Gesa Ahli UMNO Undi DAP, Ahmad Maslan Kesal Dilabel Kafir

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Didakwa Hadir Majlis ‘Sanjung Israel’, JAKIM Mula Siasatan

Menurut Ozkan, penerusan bantuan tersebut akan dilakukan oleh Turkiye menerusi pelaburan secara terus, hospital-hospital di Gaza dan Tubas, menerusi bantuan perubatan serta tawaran latihan.

Perbincangan yang dihadiri oleh Ozkan dan beberapa wakil lain itu adalah bersempena dengan edisi ke-76 Perhimpunan Kesihatan Sedunia.

Ozkan juga pada kenyataan yang sama menegaskan bahawa Turkiye akan terus menyediakan bantuan dan sokongan politik, kewangan, serta barangan kepada UN Relief and Works Agency (UNRWA).

Beliau juga menyatakan bahawa Turkiye telahpun memberikan $16 juta kepada Palestin sejak lima tahun lalu dan pada setiap tahun, negara tersebut terus melanjutkan sumbangan berjumlah $10 juta.

Turkiye juga turut menyediakan program-program bantuan terhadap Palestin melalui Turkish Cooperation and Coordination Agency (TIKA), Disaster and Emergency Management Presidency (AFAD) serta Palang Merah.

Ozkan juga menambah bahawa projek-projek yang telah disempurnakan oleh TIKA sejak dari tiga tahun lalu adalah bernilai sekitar $10.5 juta.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: