Antarabangsa

Cianjur Digegar Gempa Kuat 5.6 Magnitud, 162 Terkorban, Ratusan Cedera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 22 November 2022 – Sekurang-kurangnya 162 terkorban manakala ratusan yang lain cedera apabila gempa bumi sekuat 5.6 magnitud menggegar daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat, lapor sebuah agensi berita Indonesia.

Menurut Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cianjur, gegaran yang dirasai penduduk sekitar jam 1.21 waktu tempatan itu turut turut meranapkan 2,345 buah bangunan.

Malah, sejumlah fasiliti kesihatan di Kabupaten, Cianjur turut ranap dalam kejadian bencana alam tersebut.

Kejadian selepas berlakunya bencana itu turut dirakamkan oleh pengguna di Twitter yang menunjukkan keadaan di daerah itu yang memusnahkan kebanyakan kediaman.

Terdapat juga rakaman yang menunjukkan kebanyakan mangsa tercedera terbaring sambil diberi rawatan oleh petugas kesihatan.

Kata Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati, bencana alam itu kemungkinan berlaku disebabkan oleh pergerakan Sesar Cimandiri.

Berdasarkan satu laporan, Sesar Cimandiri ini merupakan patahan geser aktif yang terletak di Jawa Barat dan berukuran lebih kurang 100 kilometer.

Sesar Cimandiri ini turut pernah menyebabkan beberapa gempa bumi iaitu Gempa Pelabuhan Ratu (1900), Gempa Padalarang (1910), Gempa Conggeang (1948), Gempa Tanjung Sari (1972), Gempa Cibadak (1973), Gempa Gandasoli (1982) dan Gempa Sukabumi (2001), memetik dari sebuah lagi laporan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: