Tempatan

Puting Beliung Diramal Bakal Melanggar Selangor, Perak Dan Lain-Lain – Pengarah Kanan METMalaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Februari 2022 – Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang meramalkan fenomena puting beliung bakal berlaku di beberapa buah lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Antara negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung, dan tidak lupa juga di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan Perairan Labuan dan Pantai Barat Sabah. Itu kawasan yang sudah melaporkan kejadian puting beliung dan kawasan ini akan sentiasa berlaku, bila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus).”

Menurut Ambun, faktor berlakunya puting beliung ini adalah disebabkan oleh kehadiran awan kumulonimbus yang besar, menyebabkan perolakan yang kuat dalam awan tersebut, seterusnya membentuk corong awan di dasar awan tersebut.

Kerana itulah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) sukar untuk meramal kejadian puting beliung di Malaysia.

Ini kerana ia berlaku pada skala yang kecil dengan jangka hayat yang pendek.

Namun, antara tanda awal yang boleh dilihat akan berlakunya puting beliung ialah pembentukan awan yang besar dan dasar awan yang gelap serta corong awan yang menjulur ke bawah.

Justeru beliau menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku puting beliung, selain mengelakkan mendekati kawasan tersebut dan mencari perlindungan di tempat selamat.

Terdahulu, kejadian puting beliung yang berlaku di sekitar Bandaraya Ipoh termasuk di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas menjelang Tahun Baru Cina menyaksikan ratusan buah rumah rosak teruk selain beberapa pokok tumbang dan menimpa rumah dan kenderaan yang berhampiran.

Fenomena itu dikatakan antara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: