China, Rusia & Iran Jalani Latihan Tentera Laut Bersama
BEIJING, 16 Mac 2023 – Kementerian Pertahanan Beijing pada Rabu mengumumkan bahawa Rusia, China dan Iran akan mengadakan latihan maritim selama lima hari, ia bertujuan untuk meningkatkan keselamatan tentera laut mereka.
Kementerian itu berkata, latihan perang ‘Security Bond-2023’ oleh tiga negara tersebut akan berlangsung di Teluk Oman dari 15 hingga 19 Mac, dan beberapa buah negara yang tidak dinyatakan juga akan menyertainya.
Latihan ini akan mengeratkan kerjasama praktikal antara tentera laut negara-negara yang mengambil bahagian, seterusnya menunjukkan kesediaan dan keupayaan untuk bersama-sama mengekalkan keselamatan maritim, kata kementerian itu.
BACA JUGA: Tauliah Ceramah: Masjid Perlu Kekal Zon Aman – JAWI
BACA JUGA: Ceramah Hina Institusi Diraja, Polis Buka Siasatan
BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban
Kapal pemusnah peluru berpandu China Nanning akan mengambil bahagian dalam latihan ini, kata kementerian itu, sambil menyatakan bahawa ‘Security Bond-2023’ adalah kesinambungan kepada latihan yang pernah diadakan oleh China, Rusia dan Iran pada 2019 dan 2022.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoigu berkata, kerjasama antara Moscow dan Beijing telah mencapai satu tahap yang baharu. Dengan kerjasama ini, ia berfungsi sebagai salah satu penghalang utama kepada aktiviti agresif Amerika Syarikat dan pengikutnya di Asia- rantau Pasifik.
Pada akhir Februari, China turut menjalankan satu latihan tentera laut bersama Rusia dan Afrika Selatan. Ia bertujuan untuk meningkatkan penyelarasan antara ketiga-tiga negara. Namun media Barat menggelar langkah itu sebagai kontroversial, yang melihat kepada konflik Ukraine.
Ketika Moscow meneruskan kempen ketenteraannya di Ukraine, AS melalui jurucakap Rumah Putih Karine Jean-Pierre menyatakan pada bulan Januari bahawa Washington menyuarakan kebimbangannya terhadap mana-mana negara yang mengadakan latihan bersama dengan Rusia.