Antarabangsa

Israel Ikrar Teruskan Perang Sehingga Tebusan Dibebaskan – Menteri Luar Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEL AVIV, 25 Januari 2023 – Israel berikrar akan meneruskan peperangan sehingga tebusan yang dipegang oleh Hamas dibebaskan, kata Menteri Luar Israel, Israel Katz, lapor Free Press Kashmir.

“Kami tidak akan berhenti sehingga kesemua yang diculik dibebaskan dan organisasi pengganas Hamas dibubarkan dari keupayaan ketenteraan serta pemerintahannya, baik di Gaza mahupun di mana-mana saja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di platform X semalam di mana hantaran tersebut turut mengatakan “Hari ini saya akan bertemu dengan Menteri Luar Britain, David Cameron @David_Cameron. Saya akan berterima kasih kepadanya atas sokongan British untuk Israel dan saya akan menjelaskan kepadanya bahawa kita sedang berperang dengan Hamas dan “Axis of Evil” Iran.”

Menurut laporan, Cameron tiba di Israel pada Rabu sebagai sebahagian daripada lawatan Timur Tengah yang merangkumi Tebing Barat, Qatar dan Turkiye bagi mendesak gencatan senjata segera dalam pertempuran di Gaza.

Laporan sama berkata, Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sekali gus mengakibatkan lebih 25,000 rakyat Palestin terkorban.

Malah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan Israel itu juga telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih, ubat-ubatan manakala lebih separuh daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak dan musnah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: