Antarabangsa

China Perkukuh Hubungan Dengan Indonesia Melalui Badan Pemikir Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDONESIA, 06 September 2022 – Kerajaan China dilaporkan sedang memperkukuh hubungan diplomasi intelektual bersama institut-institut pemikir (think-tank) Indonesia, melalui hubungan diplomatik, bantuan dana, dan penyebaran “pemahaman” tentang kerajaan China.

Melalui gabungan Network of ASEAN-China Think Tanks (NACT), kerajaan China dipercayai telah berhubungan dengan beberapa institut pemikir Indonesia bagi menyumbang kepada hubungan strategik antara China dan ASEAN.

Pusat Studi Sosial Asia Tenggara Universitas Gadjah Mada dipercayai merupakan sebuah organisasi yang menjadi koordinator yang merangka perhubungan antara kerajaan China dan institut pemikir Indonesia.

Turut dikatakan bahawa natijah utama perhubungan tersebut adalah supaya kerajaan China dapat membawakan naratif mereka berikutan isu-isu melibatkan rantau ini, secara khususnya; dan isu global, secara umumnya.

Isu tersebut merangkumi isu hubungan ASEAN-China, pembangunan global dan isu sensitif: pertikaian di Laut Cina Selatan.

Kerajaan China juga dipercayai sedang mencuba untuk ‘memulihkan’ imejnya susulan isu-isu seperti layanan terhadap umat Islam Uighur di China, kegiatan di Laut China Selatan dan pengaruh kuat ekonomi China yang kian menyusup ke Asia Tenggara,

Antara langkah yang turut diambil adalah dengan menghantar ahli-ahli atau pekerja institut pemikir ini ke China bagi menyertai kursus dan ‘bengkel’.

Selain institusi yang tersebut di atas, terdapat beberapa institusi lain yang dikatakan sering berhubungan dengan China, seperti: The Habibie Center, Centre for Chinese Studies, dan Center for Strategic and International Studies (CSIS).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: