Antarabangsa

China Lulus Vaksin Sedut Pertama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 07 September 2022 – China telah meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 yang menggunakan kaedah sedutan, berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang mana kebanyakannya menggunakan kaedah suntikan.

Menjadi negara pertama di dunia yang memberi kelulusan terhadap vaksin sedutan itu, negara tersebut menerusi Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China telah memberi kebenaran bagi penggunaan vaksin tersebut sebagai bentuk dos tambahan.

Vaksin tersebut dikatakan mempunyai kandungan yang sama dengan vaksin jenis suntikan, yang mana ianya menggunakan adenovirus yang tidak memudaratkan sebagai pembawa kod genetik yang mengajar tubuh bagi melawan virus COVID-19.

Syarikat pengeluar bagi vaksin tersebut, CanSino menyatakan bahawa vaksin sedut yang dinamakan Convidecia Air itu dapat memberi perlindungan yang baik dengan hanya menerusi satu sedutan.

Para penyelidik lain termasuk kumpulan-kumpulan penyelidik dari United Kingdom dan Amerika Syarikat juga sedang menjalankan kajian tentang vaksin semburan melalui hidung.

Para saintis berpendapat bahawa vaksin semburan melalui hidung mungkin dapat memberi imuniti tambahan pada lapisan dalam hidung dan saluran pernafasan atas.

Kajian juga mendapati bahawa vaksin sedut tersebut dapat menambahkan perlindungan terhadap mereka yang telah disuntik vaksin COVID-19 sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: