Antarabangsa

Marine Le Pen Gesa Perancis Tutup Masjid, Hantar Pulang Pendakwah Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 05 Oktober 2022 – Ahli politik ekstrimis Perancis, Marine Le Pen menggesa penutupan lebih banyak masjid di negara itu di samping menyeru agar pendakwah Muslim dihantar pulang.

“Dia (Gerald Darmanin) menutup masjid di sana, masjid di sini. Kadang-kadang dia memecat khatib tetapi dia mesti menutup semua masjid ekstrim di negara kita,” tegasnya dalam temubual sebuah saluran TV Perancis baru-baru ini.

Tuntutan tersebut dibuat walaupun setelah berlakunya penutupan 24 buah masjid di negara itu sejak dua tahun lalu atas arahan Gerald Darmanin, Menteri Dalam Negeri Perancis.

Apabila disoal mengenai dasar penutupan tempat ibadah Muslim itu, Marine menjawab bahawa semua orang Islam yang mempunyai retorik radikal harus dihantar pulang.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, kerajaan Perancis sekali lagi mengumumkan penutupan sebuah masjid selepas menuduh imam di masjid tersebut sebagai ekstrimisme dan radikal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: