Antarabangsa

China Lancar Hospital AI Pertama, Guna Doktor ‘Robot’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 03 Jun 2024 – China melancarkan hospital kecerdasan buatan (AI) pertamanya yang mana pesakitnya akan dirawat di dunia maya oleh doktor yang dijana AI.

“Konsep bandar hospital AI, di mana pesakit maya dirawat oleh doktor AI, mempunyai kepentingan besar bagi profesional perubatan dan orang awam. Hospital AI bertujuan melatih ejen doktor melalui persekitaran simulasi supaya ia dapat berkembang secara autonomi dan meningkatkan kemampuannya untuk merawat penyakit,” menurut laporan.

Penyelidik dari Universiti Tsinghua baru-baru ini telah mencipta “Hospital Ejen” di dunia maya yang mana semua doktor, jururawat dan pesakit dikawal oleh ejen pintar yang dikuasakan oleh model bahasa besar (LLM) yang boleh berinteraksi secara autonomi.

Doktor AI itu juga dikatakan boleh merawat 10,000 pesakit dalam beberapa hari di mana tugas tersebut memerlukan doktor manusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ketua pasukan penyelidikan Hospital Ejen, Liu Yang berkata kaedah inovatif itu membolehkan doktor sebenar merawat pesakit maya di samping menyediakan latihan perubatan yang lebih baik terhadap pelajar perubatan.

Kata Liu, dengan mensimulasikan pelbagai pesakit AI, pelajar boleh dengan yakin mencadangkan pelan rawatan tanpa risiko membahayakan pesakit sebenar.

Liu turut menambah, hospital AI itu hampir sedia untuk digunakan selepas enam bulan pembangunan dan ia dijangka beroperasi menjelang separuh kedua tahun 2024.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: