Antarabangsa

Elon Musk Label New York Times “Unreadable Propaganda”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 03 April 2023 – CEO Twitter, Elon Musk telah menyifatkan media New York Times sebagai “propaganda yang tidak patut dibaca” setelah akhbar tersebut enggan membayar kos verifikasi di Twitter.

Sebelum itu, Twitter telah mula membuang ikon tanda sah berwarna biru daripada akaun-akaun yang telah menerima tanda tersebut sebelum Musk memulakan sistem langganan.

BACA JUGA: Fenomena Gerhana Matahari 30 Ramadan Ini

BACA JUGA: Laluan Utama Jalan Terengganu-Kuantan Ditutup Mulai Esok

BACA JUGA: Mogok Doktor Kontrak, PM Digesa Campur Tangan

Pada bulan lalu, Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan mula membuang “tanda sah legasi” daripada akaun-akaun yang telah disahkan sebelum Musk membuat pengumuman tentang sistem langganannya pada tahun lalu.

Namun pada Khamis lalu, New York Times telah mengisytiharkan bahawa pihak mereka tidak akan membayar $1,000 setiap bulan yang diperlukan untuk perniagaan ataupun membayar kembali pekerja mereka atas pendaftaran $8 bagi setiap bulan bagi pelan peribadi.

New York Times telah kehilangan tanda sah bagi akaun Twitter mereka pada Sabtu lalu di mana ianya bermaksud bahawa ciapan media tersebut tidak lagi akan dipaparkan pada tab ‘for you’, pada garis masa di mana pengguna Twitter boleh melihat kandungan daripada akaun yang mereka ikuti.

Musk menerusi ciapan yang dibuatnya pada Sabtu lalu menyatan bahawa hilangnya ciapan-ciapan daripada akhbar tersebut bukanlah suatu kehilangan besar buat kebanyakan pengguna. Menurutnya,

“Tragedi sebenar bagi @NYTimes adalah propaganda mereka tidak menarik langsung”.

“Bahkan, hantaran mereka di Twitter adalah seperti cirit-birit. Ianya bukan untuk bacaan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: