Antarabangsa

China Laksana Polisi Genosid Kebuluran Terhadap Uyghur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 13 September 2022 – Kerajaan China sedang melaksanakan genosid baru ke atas penduduk Uyghur: genosid kebuluran.

Melalui polisi ‘Sifar COVID’, kerajaan China mengurung penduduk Uyghur di rumah-rumah mereka , menyekat laluan keluar dan masuk dan menyekat pemberian stok makanan sejak dari bulan lepas.

“Sebenarnya ada trak yang penuh dengan stok makanan, tetapi Uyghur tidak mempunyai akses untuk mendapatkannya. Stok makanan terbaik akan diberikan kepada Bangsa Han,” kata pengguna media sosial.

Menurut Arslan Hidayat, seorang aktivis, residen Uyghur memaklumkan kepadanya bahawa, Bangsa Uyghur akan dibawa ke kem COVID-19, satu lagi bentuk kem tahanan, manakala penduduk China yang lain pula akan ditempatkan di hotel-hotel.

“Mereka mahu membawa 7 dari kami ke kem sementara, manakala bangsa Han pula dibawa ke hotel. Walhal, tiada seorang pun dari kami positif COVID-19. Arahan seperti apakah ini?” kata seorang residen Uyghur.

Setakat 10 September, kira-kira 12 orang Uyghur maut kerana kebuluran atau kekurangan akses kepada ubat di wilayah Xinjiang di barat laut China.

Baru-baru ini, bangsa Uyghur di Amsterdam mengadakan protes mengkritik tindakan genosid berterusan dan kebuluran paksa yang dilakukan oleh kerajaan China terhadap Uyghur di Timur Turkestan yang diduduki.

Malah, Campaign for Uyghur (CFU) yang berpangkalan di Washington, turut menuntut kerajaan China menghentikan dasar sifar COVID di Xinjiang, memetik laporan dan video terkini menunjukkan pihak berkuasa mengurung orang Uyghur di rumah mereka dan membiarkan mereka kebuluran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: