Antarabangsa

China Hasilkan Senjata Laser Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHINA, 15 OGOS 2023 – Para saintis ketenteraan China melaporkan bahawa mereka telah membuat penemuan baharu yang membolehkan Beijing membina laser berkuasa tinggi yang berupaya menembak sejauh yang diingini.

Penemuan terbaharu tersebut membolehkan penciptaan laser yang boleh ditembak tanpa sebarang gangguan dan tanpa sebarang kekurangan pada kekuatan tembakan walaupun ditembak pada jarak yang sangat jauh.

Perkara tersebut telah dilaporkan menerusi sebuah penerbitan oleh National University of Defence Technology di Changsa. Laporan tersebut mendakwa bahawa pihak mereka telah membina sebuah sistem penyejukan yang membolehkan laser berkuasa tinggi beroperasi “tanpa had” dan tanpa sebarang kesan akibat terlalu panas.

BACA JUGA: Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

BACA JUGA: Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian

BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia

Menurut laporan tersebut, “Ini adalah sebuah penemuan baharu dalam penambahbaikan prestasi sistem laser berkuasa tinggi”.

“Pancaran berkualiti tinggi dapat dihasilkan bukan sahaja pada saat yang pertama, malah ianya juga dapat dikekalkan tanpa had”.

Para pengkaji China menyatakan bahawa mereka telah membina sebuah sistem yang meniupkan gas menerusi senjata tersebut untuk mengeluarkan haba yang tidak diperlukan dan bagi memastikan cermin senjata tersebut berada dalam keadaan jernih.

Teknologi tersebut telahpun digunakan pada beberapa jenis senjata laser yang dimiliki oleh tentera China, yang mana senjata-senjata tersebut masih berada dalam fasa pembinaan dan penambahbaikan.

Beijing dilaporkan berniat untuk menggunakan senjata tersebut bagi mengatasi dron, peluru berpandu serta pesawat. Ianya juga boleh digunakan bagi mensasarkan satelit, mengganggu komunikasi, navigasi serta keupayaan pemerhatian pihak lawan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: