Antarabangsa

China Gazet Satu Pertiga Tanah ‘Haram’ Dibangunkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHANGHAI, 20 September 2022 – Hampir satu pertiga daripada tanah China kini tidak lagi dibenarkan untuk dibangunkan setelah ia digazetkan di bawah skim yang dikenali sebagai ‘garis merah perlindungan ekologi’.

Timbalan Menteri Sumber Negara, Zhuang Shaoqin berkata skim tersebut telah dikemukakan sejak tahun 2011 lagi bagi mengawal pembangunan tidak terkawal yang sehinggakan telah menceroboh hutan dan ekosistem berharga lain.

Kini, dengan penubuhan taman negara dan pemulihan ekosistem, jumlah kawasan di bawah skim perlindungan telah mencecah lebih 30 peratus wilayah China.

Angka itu selaras dengan sasaran yang disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan disokong oleh lebih 100 negara untuk melindungi sekurang-kurangnya 30 peratus kawasan daratan dan lautan bumi menjelang 2030.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa aktiviti dibenarkan di dalam zon itu, termasuk penanaman dan pembalakan hutan komersial serta penerokaan sumber mineral.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: