Tempatan

Masjid Edar Penerbitan Politik, Ingkar Titah Sultan Selangor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 15 Julai 2023 – “Tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan menjelang proses PRN dengan mengedar terbitan atau bahan bercetak berunsur politik dan berpolitik di masjid dan surau adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Kenyataan beliau itu adalah susulan daripada makluman bahawa terdapat pentadbir masjid serta surau yang membenarkan terbitan berunsur politik diedar di kawasan masjid.

Kata beliau lagi, terdapat juga pentadbir masjid mahupun surau yang membiarkan tokoh politik menggunakan kawasan masjid sebagai medium untuk berpolitik.

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

BACA JUGA: Jenayah Tetap Jenayah, Mahkamah Tinggi Telah Ambil Keputusan, Tolong Hormat – Dato’ Fakrunizam

Jelas beliau, tindakan sedemikian melanggar ketetapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam usaha untuk mengekalkan masjid serta surau sebagai zon yang bebas daripada pengaruh politik kepartian.

Dalam kenyataan yang sama, pentadbir masjid dan surau seluruh negeri itu turut diingatkan agar mempertingkatkan kawalan serta menguatkuasakan kesemua larangan yang ditetapkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos akan datang.

“Adalah diingatkan, Sultan Selangor sejak tahun 2018 sudah bertitah agar masjid dan surau menjadi tempat beribadat yang aman dan sejahtera serta tidak dipolitikkan,” ujarnya.

Tegas beliau, mereka yang didapati melakukan tindakan menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau MAIS boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12(a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Pegawai masjid juga tidak terlepas dari tindakan tersebut malah mereka juga boleh dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7(f), Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, ujarnya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: