Tempatan

China ‘Buang’ Israel Dari Peta Digital

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 01 November 2023 – Dua syarikat gergasi teknologi China telah menghapuskan nama Israel dari peta digitalnya.

Lapor media tempatan, pengguna menyedari perubahan tersebut apabila tiada nama negara haram itu di enjin pencarian Baidu dan Alibaba.

Peta digital Baidu hanya memaparkan garis-garis sempadan dan kota utama yang diakui di peringkat antarabangsa malah perkara sama ditemukan di Alibaba.

Walau bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin tetap menafikan spekulasi Beijing mengubah pendirian terhadap kewujudan Israel.

Katanya, “Seperti yang anda tahu, China dan Israel mempunyai hubungan diplomatik. Nama Israel masih terdapat pada peta standard digital pihak berkuasa China.”

Terdahulu, China tegas menentang tindakan Israel membedil Semenanjung Gaza. Menteri Luarnya, Wang Yi menekankan bahawa tindakan Zionis itu sudah melampaui batas dan tidak boleh dianggap sebagai tindakan mempertahankan diri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: