Antarabangsa

China Arah Apple Singkir Aplikasi Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

CHINA, 19 Oktober 2021 – Apple menyingkirkan aplikasi Quran Majeed daripada app store China selepas pihak berkuasa negara Komunis itu mendakwa aplikasi itu mengandungi “teks keagamaan yang haram”, lapor BBC.

Aplikasi Quran Majeed yang boleh dimuat turun secara percuma itu dibangunkan dan dimiliki oleh Pakistan Data Management Services (PDMS).

“Menurut Apple, aplikasi Quran Majeed kami telah dikeluarkan dari China App store kerana merangkumi kandungan yang memerlukan dokumentasi tambahan dari pihak berkuasa China,” kata PDMS.

“Kami sedang dalam cubaan menghubungi Pentadbiran Ruang Siber China dan pihak berkuasa China yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah ini.”

Ini bukan kali pertama China dilihat mempunyai kontroversi berkaitan dengan agama dan umat Islam.

Sebelum ini, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan China melakukan genosid (pembunuhan beramai-ramai) terhadap etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam dan berikrar tidak akan berdiam diri terhadap isu berkenaan.

“Jika Parti Komunis China dibenarkan melakukan pembunuhan beramai-ramai dan kejahatan terhadap manusia dan rakyatnya sendiri, bayangkan apa yang akan dilakukannya kepada dunia pada masa depan,” ujar Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: